Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM KE MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
18 April 2025 (Jumaat) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) dan delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Seremban, Negeri Sembilan.
Seterusnya diadakan sesi libat urus (SLU) BPA, JPM dan MBS bagi membincangkan aduan-aduan yang berbangkit bagi mendapatkan maklum balas segera daripada pihak MBS. Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai platform bagi mengenal pasti lebih lanjut berhubung isu-isu aduan rakyat.
