Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SESI LAWATAN TURUN PADANG KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM BERKAITAN ADUAN POKOK YANG TIDAK DISELENGGARAKAN


18 April 2025 (Jumaat) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengetuai sesi lawatan turun padang bagi aduan bertempat di TM Logistik Seremban.

Aduan ini berkaitan dengan pokok yang tidak diselenggara di antara pagar TM Logistik Seremban dan Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Hasil lawatan ini mendapati terdapat beberapa batang pokok yang tidak diselenggara di lokasi yang diadukan. Satu perbincangan turut diadakan antara wakil Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan wakil TM di lokasi aduan. Tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan.