Sorotan Lensa
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI KE PEJABAT BPA NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN
18 April 2025 (Jumaat) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat BPA Melaka/Negeri Sembilan. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBrs. Puan Nor Hayati binti Abdul Shukor, Pengarah Bahagian Pengurusan Aduan serta pegawai dari Ibu Pejabat BPA Putrajaya.
YBhg. Datuk Ketua Pengarah juga berbesar hati menandatangani buku lawatan rasmi BPA Melaka/Negeri Sembilan, dan seterusnya dibawa meninjau sekitar pejabat BPA Melaka/Negeri Sembilan.
Warga BPA Melaka/Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Ketua Pengarah dan rombongan di atas kesudian meluangkan masa untuk melawat pejabat BPA Melaka/Negeri Sembilan.
