Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

PROGRAM SANTUNI MADANI BIRO PENGADUAN AWAM @ KAMPUNG SERI MINYAK, UMBAI, MELAKA



19 April 2025 (Sabtu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah merasmikan Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin Satu Kampung yang berlangsung di Kampung Seri Minyak, Umbai, Melaka.

YBhg. Datuk Ketua Pengarah telah sudi menyampaikan sebuah komputer kepada pihak Perpustakaan Desa Kampung Seri Minyak bagi mempertingkatkan kemudahan pembelajaran digital untuk anak-anak dan generasi muda di kampung itu.

Selain penyerahan murni itu, turut diadakan sesi ziarah MADANI bagi menyantuni empat (4) orang warga emas di kampung tersebut dan penyampaian sumbangan berbentuk wang tunai juga diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua agensi serta barisan ahli jawatankuasa kampung di atas kerjasama dan keprihatinan dalam memastikan program tersebut berjalan lancar selaras dalam usaha meningkatkan lagi potensi dan keupayaan masyarakat kampung ke arah kemajuan dan kesejahteraan penduduk kampung khususnya.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu telah dihadiri oleh warga penduduk Kampung Seri Minyak, kakitangan BPA serta rakan strategik daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan RELA.