Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 2 TAHUN 2025



23 April 2025 (Rabu) | Majlis Perhimpunan Bulanan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Bilangan 2 Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.

Dalam sesi amanat Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon ada menyatakan bahawa proses pembaharuan dan inovasi (reshaping process) akan diwujudkan bagi mengatasi jurang komunikasi, kerjasama dan keharmonian antara unit, bahagian dan negeri.   "Latihan silang fungsi amat penting untuk membolehkan pegawai memahami skop tugas masing-masing, sekali gus membentuk budaya kerja yang inklusif dan bersepadu. Penempatan silang kerja (cross fertilization) juga akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memperluaskan pengalaman dan meningkatkan kefahaman warga BPA, JPM terhadap keperluan organisasi secara menyeluruh, " ujar YBhg. Datuk Ketua Pengarah dalam amanat beliau.

Perhimpunan itu turut menyaksikan pelancaran logo Kelab Sukan dan Kebajikan Biro Pengaduan Awam (KESUMBA) yang baharu hasil ciptaan kreatif dan inovatif gabungan rekaan daripada Puan Herdayu binti Hamid, Encik Shahrulrizam bin Ibrahim, Puan Norazizan binti Mohammad dan Encik Ahmad bin Jamil.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan koir BPA, tayangan montaj aktiviti BPA bermula Januari hingga April 2025 dan penyampaian sumbangan KESUMBA kepada kakitangan BPA, JPM.