Sorotan Lensa
KURSUS ASAS PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM ANJURAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2025
15-16 April 2025 (Selasa-Rabu) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dijemput sebagai penceramah bagi pelaksanaan Kursus Asas Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2025.
Kursus yang dihadiri oleh 22 orang Pegawai Penyelaras Aduan (PPA) BHEUU telah diadakan di Bilik Latihan ICT BPA ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman PPA dalam mengurus aduan awam melalui platform SISPAA BHEUU.
Puan Nor Emmizah Zakaria, Ketua Unit Aduan 1, Bahagian Pengurusan Aduan, BPA telah menyampaikan perkongsian komprehensif berkaitan kaedah pengurusan aduan awam dan modul-modul yang terdapat di dalam SISPAA.
Semoga ilmu dan latihan yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab khususnya dalam mengurus aduan awam dengan lebih cekap dan berkesan.
