Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM BERSAMA MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH, MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA, JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA, PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA DAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA


16 April 2025 (Rabu) | Sesi Libat Urus (SLU) Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI INFRA) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat BPA Negeri Melaka/Negeri Sembilan, Ayer Keroh, Melaka.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA, JPM dan bertujuan untuk membincangkan penyelesaian bagi aduan-aduan rakyat di sekitar negeri Melaka.

SLU ini telah dihadiri oleh para pegawai dari MBMB, MPHTJ, JKR Negeri Melaka, CMI INFRA, UTEM, pasukan naziran Ibu Pejabat BPA dan pegawai BPA Melaka/Negeri Sembilan. Hasil daripada SLU ini, aduan-aduan yang dibincangkan dapat diselesaikan.