Sorotan Lensa
LAWATAN NAZIRAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (ADUAN) KE BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI JOHOR
15 April 2025 (Selasa) | Sesi Lawatan Naziran dan Turun Padang oleh YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Aduan (TKPA) Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah diadakan di pejabat BPA Negeri Johor dan disambut baik oleh YBrs. Encik Clement Wong Chen Siong, Pengarah BPA Negeri Johor bersama semua kakitangannya.
Lawatan naziran ini bertujuan untuk meninjau pengendalian aduan di BPA Johor dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan aduan serta membincangkan kes-kes aduan yang kompleks untuk diselesaikan. YBhg. Datuk TKPA turut menjayakan sesi turun padang bagi kes yang melibatkan jalan tikus di Taman Nusa Bestari, Johor dan kawasan Rehat & Rawat Pandan di Lebuhraya EDL yang telah lama terbengkalai.
Sesi turun padang tersebut turut disertai pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang diketuai oleh YBrs. Ts. Encik Rosaidi bin Ibrahim, Pengarah Kejuruteraan MBIP dan YM Raja Farah Izzati binti Borhan, wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Johor Bahru bersama Puan Juliana binti Md Salleh, wakil dari Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru.
