Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT UNIT KOMUNIKASI AWAM SARAWAK KE BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI
26 Februari 2025 (Rabu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyantuni kunjungan hormat delegasi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) ke ibu pejabat BPA, JPM.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kecekapan pengurusan aduan di bawah seliaan kerajaan Negeri Sarawak, TALIKHIDMAT dan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) BPA, JPM.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu, inisiatif dan penyelesaian proses aduan. Selain itu, kolaborasi strategik ini penting dalam usaha mempertingkat mutu perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai platform bagi mengenal pasti lebih lanjut berhubung isu-isu aduan rakyat.
