Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SESI LIBAT URUS DAN TURUN PADANG BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI PERAK DI DESA TRONOH


25 Februari 2025 (Selasa) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Negeri Perak telah menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) dan Turun Padang (TUPA) yang dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak bertempat di Desa Tronoh, Batu Gajah bagi kes aduan tiada tindakan terhadap kes pencerobohan tanah kerajaan.

Turut hadir pada sesi ini ialah YB Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, wakil Malaysia Hindu Sangam Perak, wakil PTG Kinta seterusnya pegawai-pegawai penyiasat BPA Perak.

TUPA dilaksanakan bagi meninjau isu aduan pembinaan dan pengoperasian kuil haram di atas tanah kerajaan dan anjing belaan pihak kuil yang mengganggu penduduk sekitar. TUPA ini juga adalah lanjutan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Hindu (HEMI) yang telah diadakan pada 5 Julai 2024 yang lalu.

Perbincangan di antara pihak YB dan juga agensi terlibat dijalankan bagi mendapatkan gambaran dengan lebih jelas berkaitan isu aduan dengan mengambil kira pelbagai sudut pandangan dan undang-undang yang berkuatkuasa sebelum suatu keputusan dicapai dalam mesyuarat HEMI yang akan datang.