Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KURSUS PENGURUSAN ADUAN DAN ASAS SIASATAN DI
JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2025


25 Februari 2025 (Selasa) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Negeri Melaka/Negeri Sembilan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi Kursus Pengurusan Aduan Dan Asas Siasatan Di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka Bagi Tahun 2025 anjuran JKN Melaka bertempat di Swiss Garden Hotel, Melaka.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai JKN Melaka berhubung teknik pengurusan dan penyiasatan aduan dengan lebih telus dan akauntabiliti.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sofian bin Kamisman, Penolong Pengarah Kanan, BPA Melaka/Negeri Sembilan dan dihadiri oleh 48 orang peserta.