Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA KE
BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI
24 Februari 2025 (Isnin) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyantuni kunjungan hormat YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama delegasinya ke BPA.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kecekapan pengurusan aduan di bawah seliaan MBPJ dengan menggunapakai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sedia ada.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu, cadangan dan penyelesaian proses aduan. Selain itu, kolaborasi strategik ini penting dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai platform bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu-isu aduan rakyat.
