Sorotan Lensa
KURSUS SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
9-10 FEBRUARI 2025 (Ahad-Isnin) | Kursus Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah diadakan di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Alor Setar, Kedah kepada warga Kerja MAIK.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan penggunaan sistem dan pengetahuan mengenai tatacara Pengurusan Aduan Awam kepada peserta dalam menguruskan aduan dengan baik dan berkesan.
Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dihadiri seramai 15 orang kakitangan MAIK yang terdiri daripada pegawai pelbagai gred dan jawatan. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Nur Syafiqah binti Saiful Yezin daripada Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Biro Pengaduan Awam (BPA) Ibu Pejabat Putrajaya dan Encik Mohd Saiful bin Harun, Penolong Pegawai Tadbir Kanan
BPA Pulau Pinang/Kedah/Perlis.
