Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA KE BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI


6 Februari 2025 (Khamis) | YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyantuni kunjungan hormat YBrs. Encik Murab bin Isa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama delegasinya ke BPA.


Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kecekapan pengurusan aduan di bawah seliaan KKR, selain membincangkan mengenai integrasi aplikasi MyJalan KKR dengan sistem aduan BPA.


Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu, cadangan dan penyelesaian proses aduan serta keperluan teknikal bagi memastikan integrasi berjalan lancar. Selain itu, kolaborasi strategik ini penting dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai platform bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu-isu serta cadangan pemerkasaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) Kementerian, khasnya.