Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

LAWATAN KETUA PENGARAH KE KAMPUNG SRI MINYAK SEMPENA PROGRAM SANTUNI MADANI BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI


10 Februari 2025 (Isnin) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan dan lawatan tapak bagi mengadakan Program Santuni MADANI oleh BPA, JPM di Kampung Sri Minyak, Jasin, Melaka.


Lawatan turun padang Ketua Pengarah ini dilaksanakan bagi mengenal pasti program-program yang sesuai dijalankan di kampung ini demi menyatakan komitmen terhadap seruan Kerajaan Malaysia untuk menjayakan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).


Ketua Pengarah BPA, JPM turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Datuk Haji Zaidi Attan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Pegawai Daerah Jasin, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Belia dan Sukan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Perpustakaan Desa
Kampung Sri Minyak dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Minyak atas kerjasama dalam lawatan tapak ini.