Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI KE PEJABAT BPA NEGERI SELANGOR


15 Januari 2025 (Rabu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama-sama barisan pegawai BPA Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat BPA Negeri Selangor.



Taklimat ringkas berkaitan pengurusan dan pentadbiran pejabat, program dan aktiviti yang telah dilaksanakan serta laporan prestasi pengurusan aduan di BPA Negeri Selangor telah disampaikan oleh YBrs. Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Negeri Selangor semasa lawatan tersebut.



Dalam sesi ucapan Ketua Pengarah BPA, beliau mengingatkan akan keperluan kakitangan BPA, JPM untuk menghadiri kursus atau latihan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri. Selain itu, beliau turut menekankan agar mewujudkan keseronokan bekerja terutamanya kepada kakitangan BPA yang menguruskan aduan dan kerenah pengadu yang pelbagai.



Peranan BPA dalam menyantuni aduan daripada pelbagai lapisan masyarakat turut dibincangkan sejajar dengan perkembangan dan peredaran semasa dalam menguruskan aduan-aduan yang mempunyai tahap kompleksiti berbeza mengikut negeri dan lokaliti tertentu.