Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SESI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM BERSAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


21 Januari 2025 (Selasa) | Unit Aduan 4, Bahagian Pengurusan Aduan, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah melaksanakan Sesi Taklimat Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha untuk membantu UPM dalam merealisasikan hasrat mereka membuka akaun dan menggunakan SISPAA secara sepenuhnya.

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Hayati binti Abdul Shukor, Pengarah Bahagian Pengurusan Aduan serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Unit Aduan 4, Unit ICT dan 10 orang pegawai dari UPM. YBrs. Puan Pengerusi bagi pihak BPA mengalu-alukan hasrat UPM untuk menggunakan SISPAA sebagai saluran aduan utama dalam pengurusan aduan di peringkat universiti dan juga di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (Hospital Pengajar Universiti). 

Sesi pembentangan telah disediakan oleh Unit Aduan 4 untuk memberikan pihak UPM gambaran jelas mengenai peranan dan fungsi BPA secara amnya dan SISPAA secara khususnya. Taklimat pada pagi ini juga telah membincangkan mengenai hala tuju dan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan konfigurasi SISPAA UPM.