Sorotan Lensa
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI BIL.1 TAHUN 2025
7 Januari 2025 (Selasa) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu pada Majlis Perhimpuan Bulanan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri Bil.1 Tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Blok F9, Kompleks F, Putrajaya.
Ketua Pengarah BPA, JPM dalam amanatnya mengingatkan warga BPA, JPM supaya jangan merasa terlalu selesa dengan kesenangan dan pencapaian yang diterima pada hari ini sebaliknya terus berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.
“Kita perlu terus meningkatkan prestasi diri dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran baharu terutamanya dalam pengurusan aduan yang dijangkakan akan berlaku peningkatan dari tahun ke tahun. Selain itu, kita jua akan dilihat sebagai entiti yang mampu membantu dalam menyelesaikan masalah rakyat,” ucap Ketua Pengarah BPA, JPM dalam amanatnya.
Ketua Pengarah BPA, JPM turut menyeru dan memberi kebenaran kepada kakitangan BPA, JPM yang ingin menghadiri kursus atau latihan dalam negara bagi meningkatkan kemahiran kendiri sama ada berbayar atau tidak.
Di akhir ucapan, Ketua Pengarah BPA, JPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga BPA, JPM atas komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja, kerjasama serta sokongan yang telah diberikan dalam memastikan Jabatan ini mencapai matlamat dan kejayaan yang lebih cemerlang.
Perhimpunan itu turut dimasukkan sesi ceramah integriti dengan menjemput Pegawai SPRM, persembahan koir BPA, JPM dan tayangan montaj merangkumi aktiviti BPA, JPM sepanjang 2024, kejayaan kes BPA Negeri Selangor serta Sketsa BPA, JPM.
