Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI (BPA, JPM) KE BAHAGIAN PENGURUDAN HARTANAH JABATAN PERDANA MENTERI (BPH, JPM)


19 Disember 2024 (Khamis) | Kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) ke atas YBrs. Encik Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH, JPM) di Blok F6, Kompleks F, Putrajaya. 

 

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari BPA, JPM dan BPH, JPM. Ia bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sejajar dengan elemen-elemen Aspirasi 2025 seperti Perkhidmatan Berorientasikan Rakyat, Tadbir Urus yang Baik, Kolaborasi dan Pemikiran Strategik, dan Perkhidmatan yang Berteraskan Nilai. 

 

BPA, JPM berperanan sebagai ‘jambatan’ yang menghubungkan rakyat dan Kementerian/Agensi/Jabatan dalam menguruskan aduan yang dikemukakan. Dalam hubungan ini BPA, JPM dan BPH, JPM bekerjasama dalam mengenal pasti perkara-perkara yang harus ditambah baik dalam memastikan pengurusan aduan ini menepati kualiti dalam penyampaian perkhidmatan. 

 

BPA, JPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BPH, JPM dalam usaha untuk memastikan keberkesanan dalam pengurusan aduan awam.