Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

MAJLIS BACAAN YASIN BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN BAHARU 2025


31 Disember 2024 (Selasa) | Majlis Bacaan Yasin Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) sempena menyambut tahun baharu 2025 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan dipimpin oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Biro Pengaduan Awam (KESUMBA) dan dihadiri oleh warga BPA, JPM. Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak keberkatan, kemakmuran, dan kebahagiaan untuk kita semua. Marilah sama-sama kita berdoa agar perjalanan tahun 2025 dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.