Sorotan Lensa
MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM DAN RAHMAH MESRA MADANI
6 Disember 2024 (Jumaat) | Majlis Amanat Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Ramah Mesra MADANI telah berlangsung dengan jayanya di BIZZMILLA Ariz Hall, Shaftsbury Putrajaya.
Majlis ini telah dihadiri oleh warga BPA Ibu Pejabat dan BPA Negeri yang bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja serta menyuntik inspirasi baharu kepada warga BPA dalam mendukung aspirasi MADANI.
Dalam ucapan amanat oleh YBhg. Datuk Haji Akhbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, turut ditekankan kepentingan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya selari dengan konsep MADANI sebagai prinsip utama yang perlu menjadi tunjang dalam budaya kerja BPA serta dalam institusi kekeluargaan.
Majlis ini mencerminkan iltizam BPA untuk terus melangkah maju sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing, inklusif, dan berpaksikan nilai-nilai murni MADANI.