Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS BERSAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
14 November 2024 (Khamis) | Sesi Libat Urus (SLU) telah diadakan oleh Unit Aduan 3, Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), sebuah agensi dibawah Kementerian Kewangan Malaysia di Ibu Pejabat BPA Putrajaya. SLU telah dipengerusikan oleh Puan Norhanizatuazwin Binti Samsuni, Ketua Unit Aduan 3, manakala delegasi lapan (8) orang pegawai LHDN pula diketuai oleh YBrs. Encik Mohamad Razli bin Mohamad Ali, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia. SLU itu telah berjaya menyelesaikan 29 tiket aduan BPA berkaitan LHDN, di samping membincangkan 'way forward' bagi pengurusan aduan yang melibatkan bidang kuasa LHDN di peringkat Ibu Pejabat serta cawangan-cawangan negeri. Semoga kerjasama erat antara BPA dan LHDN dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.
