Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SESI KONFIGURASI SISPAA DI MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH


18 November 2024 (Isnin) | Biro Pengaduan Awam Pulau (BPA) Pinang/Kedah/Perlis (PPKP) dengan wakil Unit Teknologi Maklumat, BPA Ibu Pejabat telah mengadakan sesi konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Pihak pengurusan MAIK telah membuat ketetapan untuk menggunakan SISPAA sebagai salah satu medium Pengurusan Aduan di peringkat jabatan. Dengan adanya SISPAA di peringkat MAIK, diharap dapat membantu mengurus aduan orang awam dengan lebih baik dan sistematik.