Sorotan Lensa
HARI BERTEMU PELANGGAN DAN KAUNTER ADUAN BERGERAK BPA
9 November 2024 (Sabtu) | Unit Komunikasi Korporat, Biro Pengaduan Awam (UKK, BPA) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Aduan Bergerak bertempat di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Program proaktif itu bertujuan untuk menyantuni aduan pelanggan secara bersemuka dan menyalurkan informasi berkaitan perkhidmatan jabatan seperti proses membuat aduan, kategori aduan dan aplikasi Respons Rakyat dengan lebih dekat.
Selain UKK, turut bersama-sama menyertai aktiviti itu adalah para pegawai daripada Unit Aduan, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Pentadbiran ibu pejabat BPA yang berperanan dalam memberi penerangan serta menerima aduan secara langsung.
BPA telah menerima kehadiran pengunjung di kaunter perkhidmatan hampir seramai 50 orang sepanjang aktiviti itu berlangsung.
