Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SISPAA BIRO PENGADUAN AWAM 2024


6-8 November 2024 (Rabu-Jumaat) | Unit Teknologi Maklumat, Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) 2024 selama tiga (3) hari di Cyberjaya, Selangor.

Bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan sistem aduan, cadangan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta mencari penyelesaian praktikal dalam penggunaan sistem sedia ada. 

Hasil sesi sumbang saran (brainstorming) para peserta bengkel akan diteliti dan dikaji bagi merangka perancangan dan strategi yang signifikan, seterusnya menambah baik hala tuju sistem pengurusan aduan yang lebih holistik.

Bengkel yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah BPA itu telah disertai oleh 38 orang para pegawai daripada di ibu pejabat dan BPA negeri seluruh Malaysia.