Sorotan Lensa
KURSUS PENGENDALIAN SISPAA PEGAWAI BAHARU BIRO PENGADUAN AWAM
4-5 November 2024 (Isnin-Selasa) | Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi pegawai baharu di Ibu Pejabat, Putrajaya.
Kursus ini bertujuan memperkenalkan SISPAA kepada kakitangan dan pegawai baharu di BPA yang terlibat secara langsung atau tidak dengan teras utama BPA.
Penceramah bagi kursus anjuran Unit Sumber Manusia dan Integriti BPA itu adalah Puan Nur Syafiqah binti Saiful Yezin daripada Unit ICT BPA bagi slot tatacara penggunaan sistem manakala Puan Norzaitul Ikma binti Zainuddin, Ketua Unit Aduan 5 bagi slot pengenalan BPA.
Kursus tersebut telah melibatkan 25 orang warga kerja BPA dan diharapkan segala informasi yang diperoleh sepanjang kursus dapat dipraktikkan dalam rutin kerja harian.
