Accessibility Tools

Sorotan Lensa 


KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATUK SERI KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM KE
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM


25 Jun 2024 (Selasa) | Kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), ke atas YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).


Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada program lawatan rasmi Datuk Seri Ketua Pengarah BPA ke negeri Terengganu dan Kelantan bermula pada 22 hingga 26 Jun 2024.


Semasa pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan perkara berkaitan penyelarasan aduan menerusi sistem aduan negeri sedia ada, jenis-jenis aduan di bawah bidang kuasa dan seliaan MPKB-BRI. Kedua-dua pihak turut bersetuju supaya masyarakat awam diberikan maklumat yang jelas melalui pendedahan oleh agensi dan jabatan Kerajaan mengenai tanggungjawab dan kawasan operasi masing-masing supaya aduan tersebut disalurkan kepada agensi dan jabatan yang tepat.


Turut serta pada kunjungan tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi BPA, Pengarah BPA negeri Terengganu/Kelantan dan pegawai-pegawai BPA.