Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS (SLU) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN TAIPING (MPT)
26 JUN 2024 (Rabu) | Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah mengadakan satu Sesi Libat Urus (SLU) bersama Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bertempat di Bilik Mesyuarat Allamanda, Wisma Perbandaran Taiping, Perak. Sesi ini dipengerusikan oleh Haji Mohd Yusoff Bin Caroshau, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Taiping.
Pihak MPT dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan dan pihak BPA Perak dihadiri oleh Encik Mohd Hizaz bin Mohd Ibrahim, Pengarah bersama pegawai-pegawai aduan BPA Perak. Sesi ini membincangkan isu-isu aduan tertunggak dan menjurus kepada mencari kaedah penyelesaian aduan yang merangkumi aduan biasa dan aduan kompleks.
Pihak MPT telah menjelaskan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh setiap Jabatan semasa proses penyelesaian setiap aduan SISPAA. Namun, usaha bagi penyelesaian aduan adalah menjadi keutamaan kepada pihak MPT.
Di samping itu, pihak BPA menegaskan agar penyelesaian setiap aduan perlulah mencapai ekspektasi pengadu supaya aduan tersebut tidak berulang di masa akan datang.
