Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) BERSAMA KEMENTERIAN KOMUNIKASI (KK), SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA (SKMM) DAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD (TM)
25 Jun 2024 (Selasa) | Sesi Libat Urus Biro Pengaduan Awam (BPA) Bersama Kementerian Komunikasi (KK), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) Dan Telekom Malaysia Berhad (TM) telah diadakan oleh Unit Aduan 4, Di Bilik Mesyuarat Utama, Biro Pengaduan Awam Putrajaya.
Sesi ini telah diadakan untuk membincangkan status aduan dan perkara-perkara berbangkit berkaitan pengurusan aduan serta mengumpul input-input dari agensi berkenaan untuk tindakan penambahbaikan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Kumaran Nadaraja, Ketua Unit Aduan 4 dan dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Perancangan, Inovasi dan Pemantauan (BPIP) serta penyiasat daripada Unit Aduan 4, Biro Pengaduan Awam Putrajaya. Sesi ini turut dihadiri oleh 2 orang Penyelaras Aduan daripada SKMM dan 4 orang pegawai daripada TM.
