Accessibility Tools

Sorotan Lensa 


KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATUK SERI KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM KE ATAS TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN


25 Jun 2024 (Selasa) | Kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), ke atas YABrs. Haji Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan.


Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada program lawatan rasmi Datuk Seri Ketua Pengarah BPA ke negeri Terengganu dan Kelantan bermula pada 22 hingga 26 Jun 2024.


Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan berkenaan perancangan BPA, JPM untuk menggalakkan perkongsian maklumat bersama Kerajaan Negeri Kelantan berhubung aduan-aduan yang diterima melalui Sistem e-Aduan negeri dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).


Sesi perkongsian maklumat tersebut dapat memberi nilai tambah kepada Kerajaan dalam merancang dasar, aktiviti pembangunan dan penyampaian perkhidmatan yang memberikan manfaat kepada rakyat.


Turut hadir mengiringi, barisan pengurusan tertinggi BPA, Pengarah BPA Negeri Terengganu/Kelantan dan pegawai-pegawai BPA.