Sorotan Lensa
SESI TURUN PADANG YBHG. DATUK SERI KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM DI NEGERI KELANTAN
25 Jun 2024 (Selasa) | Sesi Turun Padang (TUPA) di negeri Kelantan telah diadakan oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), bersama-sama barisan pengurusan tertinggi BPA, Pengarah BPA Terengganu/Kelantan dan pegawai-pegawai BPA.
TUPA 1: Kes aduan saliran longkang closed loop di Kampung Teluk Baru, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu.
Sesi TUPA mendapati kerja pembinaan jajaran longkang baru sepanjang 500 meter sedang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) setelah mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan Persekutuan pada Mac yang lalu dan akan mengambil masa selama empat (4) bulan bagi menyiapkan jajaran tersebut.
Lawatan turut dihadiri pegawai-pegawai MPKB, Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Bharu serta Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.
