Accessibility Tools

Sorotan Lensa 


SESI TURUN PADANG YBHG. DATUK SERI KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) DI NEGERI KELANTAN


24 Jun 2024 (Isnin) | Sesi Turun Padang (TUPA) telah diadakan oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membuat tinjauan ke lokasi aduan mengenai jalan rosak di laluan masuk utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Hasil tinjauan mendapati bahawa kerja pembaikan di jalan tersebut telah diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Terdapat keperluan untuk menyemak kualiti kerja pembaikan supaya lebih sempurna, menyeluruh dan tidak mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya.