Sorotan Lensa
PEMBUKAAN KAUNTER ADUAN BERGERAK SEMPENA PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SIRI 1 TAHUN 2025 ANJURAN PEJABAT PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
26 April 2025 (Sabtu) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Negeri Sarawak telah dijemput untuk membuka reruai dan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) sempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (Mobile CS) Siri Satu Tahun 2025 bertempat di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu.
Program anjuran Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak - Rasmi ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga4.30 petang bagi menyantuni masyarakat luar bandar mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan selesa. Kumpulan sasaran orang awam luar bandar untuk program kali ini adalah masyarakat sekitar daerah Lubok Antu yang berjarak sekitar 200 kilometer dari bandaraya terdekat iaitu Kuching.
Sepanjang program berlangsung, reruai BPA Sarawak telah berjaya menarik sekitar 80 pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan fungsi dan peranan BPA sebagai agensi penghubung antara kerajaan dan orang awam dalam usaha menyediakan dan menambah baik mutu perkhidmatan.
Orang awam turut didedahkan dengan saluran-saluran rasmi untuk mengemukakan sebarang isu, permasalahan atau cadangan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan.
BPA Sarawak mengucapkan terima kasih atas jemputan penyertaan program dan menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh pengunjung yang hadir.
