Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

LAWATAN PENANDAARASAN BPA BERSAMA MPSJ

SUBANG JAYA, 22 Oktober 2019 - Lawatan Penandaarasan Biro Pengaduan Awam (BPA) ke atas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diadakan di Aras 2, MPSJ.
Sesi lawatan bertujuan berkongsi maklumat berhubung Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Sistem Pengurusan MPSJ (Irespoz) di samping melihat contoh-contoh amalan terbaik pengurusan aduan.
Lawatan diketuai oleh Encik Mohamed Faizal bin Buang, Pengarah, Bahagian Pengurusan Aduan BPA dan turut disertai pegawai-pegawai BPA Ibu Pejabat dan BPA Selangor.

MESYUARAT PENYELARASAN ADUAN KESESAKAN DI JALAN BRINCHANG-TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS, 16 Oktober 2019 - Mesyuarat Penyelarasan Aduan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang mengenai Isu Kesesakan (Traffic Jam) di Jalan Brinchang-Tanah Rata diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Cameron Highlands, Pahang.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin, Pengarah BPA Pahang yang melibatkan jabatan/agensi dari Majlis Daerah Cameron Highlands, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah.


Isu yang dibincangkan berkaitan aduan pengadu mengenai kesesakan jalan di Jalan Brinchang-Tanah Rata terutamanya pada hujung minggu. Antara penyelesaian jangka pendek IPD Cameron Highlands telah menempatkan anggota polis trafik untuk bertugas di sepanjang laluan tersebut bagi mengawal aliran trafik. Sebagai penyelesaian jangka panjang, pembinaan jalan pintasan Cameron dan tempat kereta bertingkat akan dilaksanakan.

 

 

 

MESYUARAT KES ADUAN KAJANG BYPASS

PUTRAJAYA, 15 Oktober 2019 - Mesyuarat Kes Aduan Kajang Bypass oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) mengenai Isu Penyerahan dan Pewartaan Jalan telah diadakan di Aras 6, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat bertujuan membincangkan isu penyerahan dan pewartaan jajaran Kajang Bypass susulan aduan yang diterima oleh BPA berhubung jajaran Kajang Bypass sepanjang 2.5 km yang tidak dikawal selia dan diselenggara dengan baik.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg.Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh Puan Salinah Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik Mohamed Faizal bin Buang Pengarah (Bahagian Pengurusan Aduan) serta dihadiri oleh wakil-wakil dari 13 agensi dan kementerian yang terlibat iaitu Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Pejabat Tanah Hulu Langat, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor, Pejabat Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKR Negeri Selangor, JKR Daerah Hulu Langat, Kementerian Kerja Raya (KKR) serta BPA Selangor.

SEMINAR PENGURUSAN ADUAN ANJURAN BPA MELAKA/NEGERI SEMBILAN

SENAWANG, 11 Oktober 2019 - Seminar Pengurusan Aduan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan kepada jabatan/agensi kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahril bin Harun, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan.Turut dijemput sebagai sebagai penceramah ialah wakil dari Bahagian Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan wakil pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Objektif seminar adalah perkongsian penggunaan maklumat pengurusan aduan, pengendalian maklum balas dan bertukar maklumat ke arah menguruskan aduan secara efektif.

TAKLIMAT PERLUASAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM DI NEGERI PAHANG

KUANTAN, 22 Oktober 2019 - Taklimat Perluasan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) kepada Jabatan Negeri dan Badan Berkanun Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.


Sesi taklimat disampaikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA). Taklimat dipengerusikan oleh YH. Dato Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan SUK Pahang (Pengurusan).


Seramai 15 wakil Jabatan Negeri dan 16 wakil Badan Berkanun Negeri telah hadir. Tujuan taklimat untuk memperkenalkan (SISPAA) kepada semua jabatan negeri dan badan berkanun negeri.

PELAKSANAAN TEMPOH PERCUBAAN PERKHIDMATAN (PUTRAJAYA CAMPUS NETWORK) PCN WIFI BERSAMA WARGA BPA

PUTRAJAYA, 16 Oktober 2019 - Pelaksanaan Tempoh Percubaan Perkhidmatan (Putrajaya Campus Network) PCN Wifi dan Kaunter Informasi PCN Wifi oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Government Integrated Telecommunications Network (GITN) diadakan di Biro Pengaduan Awam (BPA) Aras 6, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.
Sesi percubaan bertujuan memastikan perkhidmatan PCN Wifi berfungsi dengan baik dan dapat digunakan oleh pengguna di agensi kerajaan. Sesi percubaan disertai warga BPA Putrajaya dengan membawa bersama peranti mudah alih telefon pintar seperti iPad, tablet dan komputer riba untuk dilaksanakan konfigurasi serta pengaktifan di kaunter perkhidmatan PCN WIFI.

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA KE BPA

PUTRAJAYA, 14 Oktober 2019 - Kunjungan hormat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ke Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Aras 6, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.
Sesi kunjung hormat ini diketuai oleh YAA Dato' Dr. Haji Mohd. Na'im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Kunjungan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan pegawai dari Unit Teknologi Maklumat BPA.
Objektif kunjungan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan berkongsi maklumat pengurusan aduan.

 

 

  • 1
  • 2

MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN DAN SESI LIBAT URUS BPA TERENGGANU/KELANTAN BERSAMA PIHAK MBKT

Mesyuarat Pemantauan Aduan dan sesi libat urus Biro Pengaduan Awam (BPA) Terengganu/Kelantan bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 8 Oktober 2019.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Khairil Zuhdi bin Khairuddin, Pengarah BPA Terengganu/Kelantan dan turut dihadiri pegawai BPA Terengganu/Kelantan serta MBKT.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat