Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

Penubuhan Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussien pada 23 Julai 1971 di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur.

Pengoperasian Biro Pengaduan Awam yang diletakkan dibawah Bahagian Perancangan Am, Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa pada 2 Ogos tahun yang sama, diteraju oleh Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Tugas-Tugas Khas ketika itu.

Objektif awal penubuhan BPA adalah:

  1. Strategi serampang tiga mata yang bertujuan untuk mempermudahkan mekanisme orang ramai mengemukakan aduan awam kepada pihak berkuasa;
  2. Mengeratkan hubungan rakyat dengan kerajaan disamping memastikan mutu pentadbiran yang berkualiti, cekap dan adil dalam memenuhi ekspektasi rakyat; dan
  3. Menjadi suatu mekanisme yang lebih sistematik untuk kerajaan menilai prestasi sesebuah badan kerajaan dengan berkesan.

Pada April 1968, Sir Guy Powles pegawai Ombudsman New Zealand dipertanggungjawabkan melaksana kajian penubuhkan sistem institusi Ombudsman di Malaysia dengan mengesyorkan penubuhan Biro Pengaduan Awam (BPA) yang mempunyai ciri-ciri sebuah Ombudsman dengan mengambil kira senario politik dan sosial di Malaysia.

BPA pernah beroperasi di Wisma Bumi Raya, Kuala Lumpur (1990-1997) diikuti Kompleks Setia Perdana, Putrajaya (1998) dan pada masa kini beroperasi di Kompleks F, Putrajaya bermula Jun 2020. 

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat