Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II KE PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) SARAWAK

Lawatan kerja rasmi YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak telah diadakan pada 10 Julai 2020. Salah satu pejabat yang dilawati adalah pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Sarawak.

Ketibaannya disambut oleh YBrs. Tuan Stevincent Freddy, Pengarah BPA Sarawak. Turut menyambut kakitangan BPA Sarawak, Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, wakil-wakil ketua jabatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak dan lain-lain agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Semasa sesi lawatan beliau telah memberi pujian kepada BPA kerana banyak membantu orang awam dalam menyelesaikan masalah terutamanya isu Bantuan Prihatin Nasional di Sarawak.

PENUTUP PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI PEJABAT BPA PERAK

Penutup Pengauditan Pengurusan Kewangan di pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Perak telah diadakan pada 10 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Elfian Satria bin Yaacob, Pengarah BPA Perak.

LIBAT URUS BPA BERSAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Libat urus oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan di Menara DBKL 1 pada 10 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan dihadiri oleh pegawai dari kedua-dua agensi.

LIBAT URUS BPA BERSAMA KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Libat urus Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan di Aras 3, Blok F10, Kompleks F, Putrajaya pada 30 Jun 2020.

Sesi libat urus dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan dihadiri pegawai dari kedua-dua agensi.

SESI LIBAT URUS BPA MENGENAI PROJEK MENAIK TARAF RANGKAIAN PEMBENTUNGAN PAKEJ D44 (BUNUS)

Sesi libat urus Bil. 14/2020 oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor mengenai Projek Menaik Taraf Rangkaian Pembentungan Pakej D44 (Bunus) telah diadakan pada 10 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan dihadiri oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor, wakil-wakil agensi dari Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (Project Management Consultant) dan Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd.

SESI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) DI KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sesi taklimat Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan pengurusan tertinggi Mahkamah telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2020.

Sesi taklimat disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohamed Faizal bin Buang, Pengarah Aduan BPA.

SESI LIBAT URUS BPA BERSAMA BAHAGIAN KORPORAT SUK NEGERI SELANGOR

Sesi libat urus oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor bersama Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor telah diadakan di pejabat BPA Selangor pada 6 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor dan dihadiri oleh Puan Nor Azurah binti Nasir, Setiausaha Bahagian Korporat SUK Selangor serta pegawai dari kedua-dua agensi.

LIBAT URUS BPA BERSAMA WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN

Libat urus Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Kementerian Kewangan telah diadakan di Aras 2, Blok F10, Kompleks F, Putrajaya pada 30 Jun 2020.

Objektif libat urus diadakan bagi membincangkan aduan tertunggak tahun 2019, tindakan susulan dan peluasan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Sesi dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hamidi bin Zakaria,Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), BPA.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat