Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

TAKLIMAT PENGENALAN KEPENGGUNAAN KAMERA DIGITAL BERSAMA WAKIL CANON

Taklimat Pengenalan Kepenggunaan Kamera Digital Canon telah diadakan di Aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 7 Februari 2020.

Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan terkini mengenai tatacara penggunaan kamera digital Canon.

Seramai 13 peserta dari Biro Pengaduan Awam (BPA) Ibu Pejabat menghadiri taklimat ini. Penceramah jemputan dari Canon, Encik Shukri Azri bin Sulikin dan Encik Kik Hoong Huat telah menyampaikan taklimat tersebut.

INTERNATIONAL SEMINAR COMMEMORATING 20TH ANNIVERSARY OF THE ESTABLISHMENT OF THE THAI OMBUDSMAN AND SIGNING SEAOF

Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mewakili Malaysia di International Seminar Commemorating 20th Anniversary of the Establishment of the Thai Ombudsman and Signing Ceremony for the Memorandum of Intent of the South East Asian Ombudsman Forum (SEAOF) di The Athenee Hotel Bangkok dari 10 hingga 15 Februari 2020.

Seminar ini bertemakan “Ombudsman in a Changing World: Resilience amidst Challenges” bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serantau dari aspek tadbir urus yang berkesan dalam pentadbiran awam.

YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA diberi penghormatan sebagai moderator untuk sesi " Increasing role of social media: pros and cons for Ombudsman institutions".

MESYUARAT ISU SEMAKAN STATUS KENDERAAN BERSAMA PDRM DAN MBSA

SHAH ALAM, 20 Januari 2020- Mesyuarat isu semakan status kenderaan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

 

Sesi dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) dan turut dihadiri oleh Puan Wahidawatie binti Misdi, Pengarah BPA Selangor dan pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, IPD Sungai Buloh dan MBSA.

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BPA PAHANG

Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB), Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang, Bil.1 Tahun 2020 diadakan di perkarangan bangunan UTC Pahang pada 30 Januari 2020.

LAWATAN PIHAK PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KE BPA

Sesi lawatan pihak Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM) ke Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Aras 6, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 10 Februari 2020.

Fokus lawatan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan kesesuaian penggunaan SISPAA di PPUM.

Sesi mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamed bin Buang, Pengarah, Bahagian Aduan BPA dan dihadiri oleh 7 pegawai dan kakitangan PPUM.

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK NEGERI SABAH

Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB), Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah, Bil.1 Tahun 2020 diadakan di Perkarangan Menara UTC Kota Kinabalu pada 19 Januari 2020.

KURSUS ASAS PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM DI INTAN

Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bilangan 1 tahun 2020 telah diadakan dengan jayanya dari 21 hingga 22 Januari 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

 

Kursus yang dianjurkan secara bersama oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan kerjasama pihak INTAN dimasukkan dalam kalendar kursus tahunan (INTAN) mulai tahun 2020. 

 

Kursus disertai oleh 24 orang pegawai penyelaras aduan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

 

Puan Nurhafizah binti Borhanuddin dan Encik Meor Hijdayat bin Ismail dari Bahagian Aduan, BPA Ibu Pejabat Putrajaya menjadi penceramah kursus dan memberi bimbingan kepada para peserta mengenai penggunaan SISPAA.

MESYUARAT BERSAMA JKR SELANGOR BERHUBUNG ISU KEROSAKAN SALURAN AIR DI FLYOVER

Mesyuarat pengurusan aduan berkaitan isu kerosakan saluran air di flyover Jalan Padang Jawa, Shah Alam oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor telah diadakan pada 4 Februari 2020.

Sesi dipengerusikan oleh Tuan Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin, Pengarah JKR Selangor dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA, Puan Wahidawatie binti Misdi, Pengarah BPA Selangor, Jurutera JKR Daerah Petaling, Jurutera JKR Daerah Klang, wakil syarikat konsesi Jutamart Sdn. Bhd dan pegawai-pegawai dari kedua-dua agensi.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat