Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

SESI PENYERAHAN CEK PENYELESAIAN ADUAN KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN RUMAH DI TAMAN MELAWATI KUALA LUMPUR

Sesi penyerahan cek penyelesaian aduan kerja-kerja pengubahsuaian rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur telah diadakan di Aras 3, Blok F10, Putrajaya pada 12 Ogos 2020.

Sesi penyerahan cek telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA), pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan turut dihadiri oleh wakil kedua belah pihak yang terlibat .

 

LAWATAN TAPAK KES GANGGUAN BUNYI BISING DARI TAPAK PEMBINAAN SETIAWANGSA – PANTAI EXPRESSWAY (SPE)

Lawatan tapak dan sesi temu siasat berhubung kes gangguan bunyi bising dari tapak pembinaan Setiawangsa- Pantai Expressway (SPE) bersama pihak Ekovest Bhd, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sesi diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) dan dihadiri oleh pegawai dari agensi yang terlibat.

 

SESI LIBAT URUS BERSAMA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berhubung isu Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah diadakan pada 6 Ogos 2020.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Zaharuddin bin Salim, Pegawai Perhubungan Awam (KPLB) dan dihadiri oleh pegawai dari Unit Aduan 5, Bahagian Pengurusan Aduan serta Unit Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat, Biro Pengaduan Awam (BPA).

SESI LIBAT URUS BPA BERSAMA PIHAK KTMB

Sesi Libat Urus bersama pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung isu pengadu tegar telah diadakan pada 6 Ogos 2020 di Aras 2, Blok F10, Putrajaya.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Hijdayat bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Unit Aduan 3, Biro Pengaduan Awam (BPA), Ibu Pejabat dan turut dihadiri oleh pegawai dari KTMB.

 

 

KURSUS ASAS KECEMERLANGAN PEGAWAI DBKL DI PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

Kursus Asas Kecemerlangan Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan di Seri Suasana Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Ogos 2020.

Taklimat kursus telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA).

SESI LIBAT URUS BPA SELANGOR BERSAMA LPHS

Sesi Libat Urus Bil. 19/2020 oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor bersama pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah diadakan pada 7 Ogos 2020.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor dan dihadiri oleh pegawai dari kedua-dua agensi.

SESI LIBAT URUS BPA SABAH BERSAMA JPN SABAH

Sesi Libat Urus Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) telah diadakan pada 6 Ogos 2020.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Clarence Runggi, Pengarah BPA Sabah dan turut dihadiri oleh pegawai dari JPN Sabah.

KURSUS ASAS PENGGUNAAN ADUAN AWAM BILANGAN 3 TAHUN 2020 DI INTAN BUKIT KIARA

Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Bilangan 3 Tahun 2020 telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2020.

Seramai 16 orang pegawai penyelaras aduan daripada 9 agensi kerajaan telah menghadiri kursus ini.

Taklimat dan sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Nurhafizah binti Borhanuddin, Ketua Penolong Pengarah daripada Bahagian Pengurusan Aduan, Ibu Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA).

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat