Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

TAKLIMAT PENERANGAN SISTEM BANGUNAN DI PARCEL F OLEH WAKIL PUTRAJAYA BINA SDN BHD

Taklimat Penerangan Sistem Bangunan di Parcel F oleh pihak Putrajaya Bina Sdn. Bhd. kepada Biro Pengaduan Awam(BPA) telah diadakan di Dewan Serbaguna, Aras 1, Blok F9 pada 30 Jun 2020.

Sesi taklimat dihadiri oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA, pengurusan tertinggi dan kakitangan BPA.

BENGKEL PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) kepada Badan Berkanun Negeri Pahang telah diadakan pada 23 dan 24 Jun 2020 di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang.

Taklimat disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Fadzlee bin Mat Yassin, Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang.

LAWATAN TAPAK KE SEKITAR TAMAN MELAWATI SELANGOR

Lawatan tapak oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor telah diadakan pada 18 Jun 2020 di sekitar Taman Melawati Selangor.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri situasi semasa isu aduan di samping mengadakan perbincangan dengan pihak yang terkesan dengan isu tersebut, agar permuafakatan tindakan dapat dicapai dengan sebaiknya.

Sesi lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh Pengarah, Jabatan Bangunan dan Seni Bina, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta pegawai dari kedua-dua agensi.

 

LAWATAN KERJA MITSUBISHI RESEARCH INSTITUTE KE BPA

Delegasi Mitsubishi Research Institute mewakili Ministry of Internal Affairs and Communications, Japan telah mengunjungi Biro Pengaduan Awam (BPA) pada 5 Februari 2020. Lawatan ini diketuai oleh Mr. Tomoaki Hirose bersama 3 pegawai.

Lawatan ini bertujuan mengetahui peranan BPA, kaedah pengurusan aduan yang dikendalikan dan kerjasama BPA antara institusi Ombudsman di negara lain.

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN KES ADUAN BIL 1/2020

Bengkel Pemantapan Pengurusan Kes Aduan Bil.1/2020, Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Aras 3, Blok F10, Kompleks F, Putrajaya pada 24 dan 25 Jun 2020.

Objektif utama penganjuran bengkel adalah untuk memantapkan pengurusan kes aduan dikalangan pegawai penyiasat.

Sesi taklimat disampaikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA. Taklimat dihadiri oleh 33 orang pegawai dan kakitangan BPA.

LIBAT URUS BPA BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DAN MYEG SERVICES BERHAD (MYEG)

Libat urus Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MyEG Services Berhad (Myeg) telah diadakan di Aras 3, Blok F10, Kompleks F, Putrajaya pada 23 Jun 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh pegawai dari agensi yang terlibat.

SESI MEJA BULAT JPIPERKASAA PBT SELANGOR BERSAMA BPA SELANGOR

Sesi meja bulat Jawatankuasa Penyelarasan Integrasi dan Pemerkasaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (JPIPerkaSAA) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor telah diadakan pada 5 Februari 2020.

Sesi ini dihadiri oleh Puan Wahidawatie binti Misdi, Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor, Puan Azura binti Mohd Aris, Ketua Unit Teknologi Maklumat BPA Putrajaya dan para pegawai aduan dan teknologi maklumat dari 12 PBT Selangor, Bahagian Korporat serta Bahagian Teknologi Maklumat, SUK Selangor.

LIBAT URUS BPA SARAWAK BERSAMA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Sesi libat urus Biro Pengaduan Awam (BPA) Sarawak bersama pihak Kerajaan Negeri Sarawak melalui Unit Kerjasama Awam Sarawak (UKAS) dan Pihak Talikhidmat Sarawak bagi membincangkan kaedah penyelesaian yang lebih efektif bagi menyelesaikan aduan yang tertunggak di bawah seliaan Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan pada 6 Februari 2020.

Sesi ini memberi peluang dan ruang kepada BPA Sarawak untuk berkongsi idea, menghuraikan elemen penyiasatan yang lebih proaktif dan berkongsi pendapat dalam menguruskan sesuatu aduan di bawah agensi Persekutuan.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat