Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

   

 

Privasi

Aplikasi Telefon Pintar Respons Rakyat disediakan untuk memudahkan orang awam membuat aduan, memberi cadangan, mengemukakan pertanyaan dan menyalurkan penghargaan kepada kementerian dan agensi sektor awam dengan mudah dan pantas.

 

Selain itu aplikasi telefon pintar Respons Rakyat juga memudahkan orang awam menyemak dan mengetahui perkembangan siasatan maklum balas semudah di hujung jari.

 

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Jabatan ini  boleh mengumpul dan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh pengguna untuk tujuan melaksanakan fungsi jabatan ini. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

 

Maklumat Yang Dikumpul 

Aplikasi Respons Rakyat ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

  1. Nama
  2. Nombor Kad Pengenalan
  3. Nombor Telefon bimbit
  4. Alamat E-Mel 

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan melaksanakan transaksi dengan menggunakan aplikasi kami atau pun menghantar maklum balas yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini mungkin akan dikongsikan bersama-sama dengan agensi Kerajaan yang lain dalam usaha untuk membantu anda secepat dan secekap yang mungkin 

 

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas. 

 

Kerahsiaan

Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

 

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

 

Pemadaman Maklumat Peribadi

Pengguna boleh membuat permohonan bagi memadam sebarang maklumat peribadi pengguna pada bila-bila masa dengan mengisi permohonan di sini.

 

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi bagi memastikan anda sentiasa tahu jika terdapat sebarang pertukaran pada dasar privasi, ianya akan dikemaskini di laman web ini.