Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

 

23 Jun 2024 (Ahad) | YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), bersama-sama barisan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai BPA Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat BPA Negeri Terengganu/Kelantan. 

 

Taklimat ringkas berkaitan pengoperasian, pengurusan, pemantauan dan laporan prestasi aduan di negeri Terengganu dan Kelantan telah disampaikan oleh Encik Khairil Zuhdi bin Khairuddin, Pengarah BPA Negeri Terengganu/Kelantan semasa lawatan tersebut. Dalam sesi taklimat tersebut, Datuk Seri Ketua Pengarah turut memperingatkan skop tugas BPA, keperluan dalam meningkatkan pengetahuan dalam menangani suatu aduan atau cadangan serta menjelaskan kepada orang ramai jenis dan cara aduan yang boleh dibuat. 

 

“We need to educate people on what to complaint, what not and how we process it,” kata Datuk Seri Hajah Rosida ketika sesi lawatan kerja ke Pejabat BPA Negeri Terengganu/Kelantan pada hari Ahad. Datuk Seri Ketua Pengarah turut membincangkan mengenai mekanisme dan kaedah terbaik dalam menguruskan aduan awam demi untuk meningkatkan kecekapan dalam aspek sistem penyampaian Kerajaan. 

 

Peranan BPA dalam menyantuni aduan daripada masyarakat turut dibincangkan, sejajar dengan perkembangan dan peredaran semasa dalam menguruskan aduan-aduan yang mempunyai tahap kompleksiti berbeza mengikut negeri dan lokaliti tertentu.