Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8

 

23 Jun 2024 (Ahad) | Kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), ke atas YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di pejabatnya pada petang Ahad.

 Turut hadir bersama pada pertemuan tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai BPA Ibu Pejabat serta Pengarah BPA Negeri Terengganu/Kelantan.

 Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan perancangan BPA, JPM untuk menggalakkan perkongsian maklumat bersama Kerajaan Negeri Terengganu berhubung aduan-aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

 Perkongsian maklumat ini akan membantu Kerajaan dalam merancang dasar, aktiviti pembangunan dan penyampaian perkhidmatan yang memberikan manfaat kepada rakyat.