Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

 

11 MAC 2024 | SATU SESI LIBAT URUS (SLU) DI ANTARA BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) NEGERI PERAK BERSAMA DENGAN MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI).

SLU telah berlangsung di Unit Perancangan Korporat, MBI dipengerusikan bersama oleh Pengarah BPA Perak, Encik Mohd Hizaz bin. Mohd Ibrahim dan Pengarah Perancangan Korporat, MBI Encik Sharul Nizam bin Jaafar serta dihadiri pegawai-pegawai dari BPA Perak dan MBI. Tujuan utama SLU diadakan adalah untuk mendapat pandangan dan maklumbalas berhubung beberapa aduan  kompleks yang memerlukan maklumbalas segera. Antara isu yang mendapat perhatian adalah berkaitan aduan dari peniaga-peniaga di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo yang enggan berpindah ke tapak baru yang telah dibangunkan oleh MBI tidak jauh dari tapak asal. MBI juga memaklumkan secara terperinci rasionalisasi mengapa peniaga tersebut dipindahkan ke tapak baru dan tindakan penyelesaian jangka panjang mereka.

 

BPA Perak juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBI yang telah berjaya menyelesaikan aduan berkaitan banjir kilat yang telah berlarutan sekian lama di kawasan Perindustrian Bercham, Ipoh. MBI dengan kerjasama pemaju telah mengambil tindakan penyelesaian dengan mendalamkan sistem perparitan sedia ada dan isu telah diselesaikan sepenuhnya. Selain itu, perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan kaedah atau teknik dalam mengemukakan maklumbalas bagi memastikan pengadu berpuas hati dengan jawapan tersebut dan tiada aduan berulang. Pihak MBI juga berpandangan SLU sebegini perlu dibuat secara berkala bagi memastikan maklumat dapat diselaraskan dan seterusnya isu dan aduan dapat diselesaikan dengan kadar segera.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat