20 September 2023 - Sesi Libat Urus bagi meneliti aduan tertunggak tahun 2021 sehingga 2023 telah diadakan bersama-sama Majlis Bandaraya Johor Bahru di Bilik Mesyuarat Dahlia, Aras 13, Menara MBJB. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Clement Wong Chen Siong, Pengarah BPA Negeri Johor melibatkan pegawai-pegawai BPA Negeri Johor dan pegawai-pegawai dari Jabatan di bawah MBJB.