Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • IMG_4476
  • IMG_4495
  • IMG_4497
  • IMG_4506
  • IMG_4523
  • IMG_4566
  • IMG_4575
  • IMG_4626

 

PUTRAJAYA, 8 Mei 2023 - Biro Pengaduan Awam bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah mengadakan Mesyuarat Sesi Libat Urus Bersama Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia diadakan di Bangunan Pejabat Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU) hari ini.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

 

Turut diadakan sidang media bersama wakil pihak media selepas mesyuarat berlangsung untuk memaklumkan perihal mengenai penubuhan Ombudsman Malaysia yang kini pada peringkat akhir dalam memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia 2023.

 

Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diwakili oleh YBrs. Tuan S Letchumanan A/L Shanmugam Ketua Pengarah BPA dan pegawai kanan jabatan.

 

Dalam petikan kenyataan media turut menyebut "RUU Ombudsman Malaysia yang sedang dipertimbangkan ini akan memperuntukkan fungsi dan dan kuasa Ombudsman Malaysia dengan jelas yang merangkumi pengurusan aduan salah tadbiran di agensi Kerajaan Persekutuan, penentuan hala tuju Ombudsman Malaysia dalam mencegah salah tadbiran dalam agensi Kerajaan, pengemukaan syor tindakan pembetulan atau tindakan pencegahan kepada agensi Kerajaan, pemantauan ke atas pelaksanaan pengurusan aduan awam oleh agensi Kerajaan dan penyediaan serta penerbitan laporan berhubung pengurusan aduan salah tadbiran".

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat