Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 313129722_484673313697262_7155416522902422510_n
  • 313195542_484673087030618_1073446551444482474_n
  • 313201426_484673190363941_3174002680378641270_n
  • 313206971_484673377030589_2893925371541007848_n

 

 

26 Oktober 2022- Mesyuarat ini merupakan inisiatif (exta miles) BPA Sarawak untuk meredakan kekeliruan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berkenaan senarai aduan – aduan tertunggak Jabatan/Agensi Persekutuan yang tertunggak dalam sistem talikhidmat yang dihantar setiap bulan kepada pejabat SUPS. Peranan BPA Sarawak ini dalam sesi ini adalan membantu pihak UKAS/Talikhidmat dalam mendapat maklum balas mengenai aduan-aduan tertunggak jabatan/agensi persekutuan.

 

Mesyuarat Pengurusan Aduan-Aduan Tertunggak Jabatan/Agensi Persekutuan Dalam Sistem Talikhidmat di urus setia secara bersama oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TSUPS. Sejumlah 11 jabatan/agensi persekutuan dijemput dalam sesi ini termasuk FELCRA, POS Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad.

 

Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk kita melihat aduan-aduan jabatan/agensi persekutuan yang telah tertunggak dalam Sistem Talikhidmat dan juga mendapatkan maklum balas daripada jabatan/agensi berkenaan mengenai perkara ini.

 

Di samping itu, mesyuarat ini juga turut mengenal pasti isu-isu yang wujud semasa menggunakan kedua-dua sistem aduan tersebut sekiranya ada. Mesyuarat ini mendapat sambutan yang amat baik, ahli-ahli mesyuarat mencadangkan supaya mesyuarat ini diadakan secara berkala.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat