Pada 25 Mac 2021, BPA Sabah telah membuat lawatan tapak ke Kampung Gunting dan Kampung Melalap Tenom, Sabah berhubung aduan lampu jalan yang tidak berfungsi sejak tahun 2018.
Lawatan ini turut disertai oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan pengadu serta beberapa orang penduduk kampung berkenaan.