Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Bil. 5/2020 telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor pada 22 dan 23 September 2020.
Kursus ini disertai seramai 16 orang pegawai penyelaras aduan dari Pejabat Tanah dan Galian Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Pejabat Tanah Mersing, Majlis Daerah Labis, Pejabat Daerah Muar dan Jabatan Imigresen Johor.
Ceramah disampaikan oleh Puan Nur Anis binti Nordin, Penolong Pengarah Kanan, Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan dan turut dibantu oleh fasilitator dari Ibu Pejabat BPA.