Aplikasi Telefon Pintar Respons Rakyat disediakan untuk memudahkan orang awam membuat aduan, memberi cadangan, mengemukakan pertanyaan dan menyalurkan penghargaan kepada kementerian dan agensi sektor awam dengan mudah dan pantas.
Selain itu aplikasi telefon pintar Respons Rakyat juga memudahkan orang awam menyemak dan mengetahui perkembangan siasatan maklum balas semudah di hujung jari.
Selain BPA, Kerajaan Negeri Melaka juga menggunakan aplikasi yang sama bagi saluran penerimaan aduan melalui aplikasi mobil. Walau bagaimanapun, pengendalian maklum balas mereka terhad bagi agensi kerajaan negeri dan persekutuan di bawah pentadbiran Negeri Melaka sahaja.