Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

1. Apa yang boleh saya adu kepada BPA?
Semua aduan/maklum balas yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan Agensi Kerajaan yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
 
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan/maklum balas?
Tiada. Setiap aduan/maklum balas yang dibuat adalah percuma.

3. Bolehkah saya membuat aduan/maklum balas bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu.
 
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan/maklum balas tanpa memberitahu maklumat peribadi?
Boleh, sekiranya aduan/maklum balas telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk membolehkan siasatan dilakukan.
 
5. Apakah jenis aduan/maklum balas yang boleh diterima oleh BPA?
» Kelewatan / tiada tindakan;
» Tindakan tidak adil;
» Kekurangan kemudahan awam;
» Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
» Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
» Salah laku anggota awam;
» Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
» Kegagalan penguatkuasaan; dan
» Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 
6. Adakah pelbagai aduan/maklum balas boleh dirujuk kepada BPA?
Ya, KECUALI aduan/maklum balas terhadap:

»
dasar-dasar kerajaan
» perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa:
» Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
» Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)
» Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
» Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
» Jabatan Bantuan Guaman
» Mahkamah

7. Bagaimana cara saya membuat aduan/maklum balas?
» Klik di sini - BORANG ADUAN/MAKLUMBALAS

8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan/maklum balas kepada BPA?
  » Maklumat yang perlu diisi:
   
   - Jenis Aduan
   - Tajuk Aduan  
   - Butiran Aduan
   - Aduan Terhadap Agensi
   - Nama Pengadu
   - No. Kad Pengenalan
   - No. Telefon Bimbit
   -Telefon/E-mel  

 
9. Apa berlaku kepada aduan/maklum balas saya?
» BPA mengeluarkan no. kes setelah didaftar dalam sistem.
» BPA menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu.
» Siasatan dijalankan.
» Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.
» Aduan yang melibatkan kepentingan awam dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) dan Jemaah Menteri.
» BPA maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.
» BPA menyerahkan borang CSI untuk penilaian pengadu terhadap perkhidmatan pengurusan aduan yang diberikan.

10. Berapa lama BPA membuat siasatan?
» Standard Operating Procedures (SOP) BPA, menetapkan bahawa setiap aduan yang dikemukakan mesti diselesaikan dalam tempoh 15 hari.
» Tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes mudah, sederhana dan rumit. Kes mudah boleh diselesaikan serta merta atau 3 hari. Kes sederhana boleh diselesaikan dalam tempoh 5 hingga 15 hari.




































HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

Tel: 603 8000 8000